Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada TakafuL

Perlindungan Takaful adalah salah satu daripada elemen penting yang terdapat di dalam Perancangan Kewangan Islam. Walaupun industri Takaful telah wujud di Malaysia sejak daripada tahun 1984 lagi, bilangan rakyat Malaysia yang memiliki pelan perlindungan Takaful Keluarga masih berada di tahap yang membimbangkan.

Adakah Perlindungan Takaful Tidak Penting?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd pada Mac 2017, hanya 15% sahaja daripada rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan Takaful. Kadar ini adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan 41% rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan Life Insurance atau Insurans Hayat Konvensional.
Dan jika ditambahkan kedua-dua jumlah ini (15%+41% = 56%), sebenarnya hanya 35% sahaja daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan Takaful Keluarga ataupun Life Insurance (setelah ditolak bilangan individu yang memiliki lebih daripada satu polisi).
Bilangan ini masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan sasaran negara untuk mencapai kadar 75% pada tahun 2020 seperti dihasratkan di bawah Economic Transformation Programme (ETP).
Jika dilihat daripada segi bilangan, sekarang ini terdapat sekitar 18.9 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam. Seandainya dianggarkan kesemua 15% yang memiliki pelan perlindungan Takaful Keluarga tadi adalah beragama Islam, ini bermakna masih terdapat sekitar 16.1 juta yang tidak memiliki perlindungan tersebut.

Comments