PENYAKIT JANTUNG ADALAH PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA
Jantung merupakan organ yang istimewa dan sangat penting kerana,ia berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Ia merupakan pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam,kemudian menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebenarnya rasa sakit ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.
Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya,sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian,sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.
Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.
Comments
Post a Comment