Isteri vs Suami
Sapa dulu yg kena ada medical card secepat mungkin?
Anda Ghasa???
Kalau bersandarkan pada risiko dihadapan dua2 kena ada
secepat mungkin. Tapi nak kena tgk jugak pada budget jgk. Kalau dah dua2 kerja
kena amek cepat2.
Bagi yg hnya En Suami je yg berkerja adalah kena buat
meeting dulu..Kalau isteri ada plan nak ngandung lagi better bagi kt isteri
dulu. Sebab apa?
Kt sini ada 2 sebab:-
Pertama sebab mengandung. Kalau dah masuk bulan ketiga dan
seterusnya, berkemungkinan kena buat pemeriksaan dengan pakar O&G dan
dapatkan laporan daripada pakar. Kan dah leceh sikit tu. Daripada elok tak
perlu buat apa-apa pemeriksaan, bila dah mengandung dah kena buat.
Kedua adalah sebab penyakit. Sesetengah wanita akan
mengalami penyakit seperti kencing manis (diabetes) dan darah tinggi
(hypertension) semasa mengandung. Darah tinggi juga ada potensi nak kena ketika mengandung..
So sapa dulu hnya anda je yg boleh tentukan..Yang penting
kena amek segera sebab apa? Sakit ni biasa dia tak inform kl nak dtg..Boleh
datang mengejut dan boleh buat anda terkejut.
Nak Cari Medical Card Terbaik??? TIPU je semua tu..Jangan
anda jadi mangsa kena tipu..
Jangan dok panic sangat naa..Setengah orang yang mampu
mungkin Medical Card yg ada sudahpon di”Cover” oleh pelan yg anda amek. Tapi
setengah orang belum ada medical card sendiri sebab belum ada keperluan.
Mungkin dah ditanggung oleh majikan atau selama ni dia lebih suka dan selesa
pergi ke Hospital Kerajaan sebab dapat keistimewaan sebgai kakitangan kerjaan.
Tapo kalau bab anak ni sensitive sikit, barulah rasa perlu ada Medical Card ni.
Tapi Medical Card mana yang terbaik di pasaran hari ni?
Medical Card yang patuh syariah seperti PruBSN Takaful, AIA Public Takaful,
Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takaful dan banyak
lagi..Amacam??
Ada 5 perkara yg Kena Faham Supaya Tak “Tertipu” dengan
Medical Card . Cuba Faham Betol2
#1. Jenis Coverage – Tahunan ka atau Seumur Hidup?
Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang
perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time
coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).
Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila
ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat
menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan,
contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan
kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah
hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang
perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka
yang besar-besar.
“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”
Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma
RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa
keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.
#2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Ni apa dia pulak?
Co-Takaful ni peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap
kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow
up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau
follow up.
Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari
bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad
melebihi had bilik.
Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya
menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia
mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.
Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi,
kalau anda rasa lebih jimat begitu, terpulang
#3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?
Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly
Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau
pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat
pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card
anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari
melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh
ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin
kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau
menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah
habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau
penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.
#4. Harga Hospital / Wad
Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa
untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga
tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan
yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan
penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250
sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah
coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan
masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?
#5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap
Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card
anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian
Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab
ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan
syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis
30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat
tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata
lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!
Tiada Istilah Medical Card Terbaik
Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada
adalah “paling sesuai”.
Yang penting anda buatlah pilihan yang terbaik.
Comments
Post a Comment