Saya dilanggar oleh kenderaan tidak ada lesen dan insurans.
Apa perlu lakukan? Bolehkah saya tuntut? Saya kongsi caranya disini ya.
Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir
tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen. Jangan
salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku
kemalangan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.
Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan
pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walapun tiada insurans.
Mereka tidak dilindungi, anda boleh saman atas kapasiti persendirian. Jika anda
menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar
untuk bayar, anda boleh cuba 'recover' jumlah tersebut melalui prosiding
seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.
Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar,
tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu
bayar apa-apa. Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti
pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk
menuntut.
Untuk menuntut bagi kes kecuaian kemalangan tanpa insurans
ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak
mulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Gagal dapat
butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menyaman.
Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku
kemalangan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans:-
1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar
kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun
selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod
sendiri).
2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang
melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan
maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.
3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan
roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti
memasukkan dalam report polis)
4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama
penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan.
Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan
terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.
5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam.
Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran
kemalangan.
6) Hubungi pihak insurans anda.
7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda
selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di
mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah
(penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.
Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas
pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat
settlement akan cabut lari. Hati-hati ketika memandu.
Petikan dari :
Peguam Nor Zabetha
Comments
Post a Comment