Masih ramai yang keliru. Mereka ingat ke sama je
Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon. Dia memperkenalkan diri dan terus offer kepada saya satu produk insurans.
Terus saya beritahu dia, "Puan, insurans ini haram."
Dia pula menjawab, "Jangan risau. Ramai orang kata insurans haram sebab kita tidak tahu ke mana duit itu pergi. Tetapi sebenarnya kalau baca kontrak ada dimaklumkan perkara tersebut."
Nampaknya masih ramai yang salah faham lagi.
Insurans haram bukan sebab itu.
Ada satu sebab kuat kenapa insurans haram iaitu unsur riba.
Riba wujud kerana berlaku jual beli pertukaran wang antara pencarum dengan syarikat yang tidak sama nilai.
Pencarum buat bayaran bulanan. Katakan caruman bulanan RM200. Jika berlaku musibah, maka syarikat akan berikan pampasan RM300,000.
Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yang lain." ( Al-Bukhari & Muslim)
Ini baru satu jenis riba.
Ada lagi satu jenis riba berlaku bila wang caruman peserta itu dilaburkan dalam dana yang tidak patuh syariah. Ini isu riba kedua.
Ini belum masuk faktor gharar dan judi yang terdapat dalamnya.
Kontrak takaful pula berasaskan tabarru' (derma). Duit caruman yang kita bayar setiap bulan itu ada bahagiannya dimasukkan ke dalam tabung tabarru'.
Tabung tabarru' inilah yang digunakan sekiranya ada peserta takaful yang ditimpa musibah.
Peserta takaful saling menjamin sesama sendiri menggunakan tabung tabarru'.
Kerana itu bagi saya tiada istilah 'bayar hangus'. Setiap caruman kita ada keperluan untuk orang lain.
Jika hari ini bukan kita yang ditimpa musibah, mungkin orang lain yang ditimpa musibah.
Dan duit dalam tabung tabarru' ini bukan hak milik syarikat takaful, ia adalah hak milik semua pencarum. Syarikat takaful berfungsi sebagai pengurus sahaja.
Bagi memudahkan kefahaman, konsepnya macam tabung khairat kematian masjid. Setiap tahun semua ahli kariah diwajibkan bayar RM20 contohnya.
Tetapi bukannya kita yang mati, tetaplah kita membayar kerana jika ada ahli kariah yang meninggal dunia pada tahun itu, dapatlah urusan pengebumian dibuat sempurna.
Comments
Post a Comment