3 Sebab Utama Tidak Menyertai Pelan Takaful
1. Tidak Faham
Masih ramai yang belum sedar dan kurang faham mengenai kepentingan Takaful dalam perancangan kewangan masing-masing. Hanya setelah diberi pemahaman yang jelas, barulah ramai yang akhirnya bersetuju untuk menyertai pelan Takaful Keluarga.
Jadi rebutlah peluang untuk menambah pendapatan dengan menjadi ejen Takaful. Duit dapat, pahala berdakwah pun dapat.
2. Tidak Mampu
Kemampuan juga menjadi sebab utama kurangnya rakyat Malaysia yang menyertai perlindungan Takaful. Ada juga yang terus mengelak untuk menerima penerangan kerana masih ramai beranggapan ejen Takaful ini sebagai seorang salesperson berbanding melihat mereka sebagai perunding kewangan.
Berkenaan berapakah jumlah sebenar yang ‘patut’ kita ketepikan bagi tujuan perlindungan Takaful, bolehlah sekiranya diperuntukkan sekitar 5%-10% daripada pendapatan bulanan/tahunan. Sekiranya terlalu tinggi, dikhuatiri ia akan mengganggu aliran tunai bulanan/tahunan dan menyebabkan wujudnya rasa bebanan.
Perlindungan Takaful sememangnya pelbagai, lebih banyak semangnya lebih bagus, dan pastinya lebih tinggi contribution bulanan/tahunan. Pilihlah perlindungan yang paling penting bagi diri anda.
3. Nanti Dulu
Ada juga yang telah faham tetapi menangguhkan niat menyertai perlindungan Takaful dengan pelbagai sebab. Di antara alasan yang diterima adalah seperti tunggu lepas raya, tunggu naik pangkat, nak beli rumah dulu dan lain-lain.
Sebenarnya tiada masalah untuk menunggu. Apa yang lebih merisaukan adalah sakit atau pun kemalangan adalah di antara perkara yang kita tidak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Sangat menyedihkan sekiranya terjadi kemalangan dan waris tidak terbela disebabkan oleh penangguhan yang kita lakukan.
Dipetik dari tulisan Suddin Salleh, beliau merupakan jurulatih saham di iSaham Sdn. Bhd dan perunding Takaful di AIA Public Takaful Berhad.
Comments
Post a Comment